Blog Widget by LinkWithin

Ceramah di Masjid Jamek Sri Petaling

Masjid Jamek Sri Petaling

Pada 15/11/2009, aku ke Masjid Jamek Sri Petaling ikuti program mingguan di sana. Berikut adalah perkara-perkara penting dalam ceramah (maghrib) yang disampaikan oleh Ustadz Hamid:

  1. Manusia akan yakin dengan apa yang diusahakan pada setiap hari. Apakah yang kita usahakan hari-hari?
  2. Disisi Allah perbezaan antara dua orang yang pergi bekerja dengan iman dan tanpa iman umpama langit dan bumi.
  3. Dakwah nabi 13 tahun di Mekah amar makruf untuk hancurkan keyakinan yang salah dalam hati.
  4. Sebenarnya kita masih lagi tidak faham bagaimana dengan agama boleh berjaya.
  5. Kisah paling banyak diceritakan di dalam al-Quran adalah kisah bani Israel, namun setiap hari tanpa sengaja kita ulang ‘perkataan’ yang pernah dilafazkan oleh bani Israel…
  6. Semua kisah di dalam Al-Quran menceritakan kesudahan yang baik (berjaya) adalah bagi orang yang bertaqwa.
  7. Dengan agama kita Berjaya. Bagaimana nabi telah tunjukkan agama akan datang pada ummat ini adalah dengan cara yang telah tunjukkan baginda Muhammad Rasulullah saw.
  8. Apabila dakwah ditinggalkan maka, generasi masa hadapan yang lahir dengan shahwat mereka meninggalkan solah (kami minta lindungan dari Allah).
  9. Nahi munkar = indirect (major)/ direct (minor)
  10. Dalam diri kita sendiri ada bukti kekuasaan dan kehebatan Allah yang ditunjukkan.
  11. Tidak pergi ke sekolah pun boleh cerita kebesaran dan kehebatan Allah.
  12. Perkataan yang betul untuk guna ‘kalau’ adalah supaya kesalahan yang sama tidak berulang semula. Jangan buka ruang pintu syaitan dengan menggunakan ‘kalau’ dengan cara yang salah.
  13. Rasa kematian adalah sama seperti dicincang dengan 1000 pedang, namun seorang yang syahid umpama rasa gigitan semut.
  14. Apabila kita ada takluk dengan seseorang, kita suka/ rindu nak jumpa. Adakah hati kita ada takluk kepada Allah?
  15. Setelah habis ilmu manusia maka bermulalah ilmu anbia’ ‘alaihimusollatu wassalam.
  16. Mana yakin kita kepada kehidupan Rasulullah?
  17. Allah telah letakkan keredhaan/ janji-Nya pada cara nabi dan yang golongan yang mengikuti nabi.
  18. Walau nabi telah wafat, semasa Rom nak menyerang Islam, namun bantuan Allah tetap datang. Bantuan Allah datang pada amalan agama. Maka, jagalah agamamu!
  19. Dua perkara, sama ada jaga agama (Islam) atau jaga orang Islam? Allah akan jaga orang Islam selagi orang Islam jaga agama Allah (Islam). Tiada jaminan dari Allah untuk menjaga orang Islam yang tidak menjaga agama Allah.

p/s:

1. Bro Blogger Azhar berada di tempat yang sama. Huhu~
2. Pada akhir ceramah, diminta ahli jemaah bangun untuk beri keazaman untuk keluar di jalan Allah, tanpa berlengah lagi aku pun bagi azam untuk khuruj di jalan Allah 40 Hari ke negara jiran… semoga diterima-Nya


Wallahu ‘alam

oleh: sepohonkayu


Read more...

Apa Yang Perlu Aku Lakukan?

SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi (website)


Waa~ Agak menakutkan... tadi (16/11/2009) taklimat Ros dan bengkel praktikum jabatan kimia, kami (Aku & Haris major kimia) yang berpraktikum di SMK Jalan Empat diingatkan oleh Prof. Ramli (Penyelia) bahawa sekolah kami itu adalah sekolah smart yang akan menjadi sekolah kluster (link) pada tahun hadapan (2010). Tak berapa pasti kenapa dalam banyak-banyak sekolah yang disebutkan di sekitar daerah Bandar Baru Bangi dan Kajang, SMK Jalan Empat guru praktikalnya diminta ambil perhatian kerana...


KAMI AKAN MENGAJAR SUBJEK SAINS DALAM BAHASA INGGERIS
SEPENUHNYA!


(atas arahan sekolah)

&

PELAJAR-PELAJARNYA DIKATAKAN BIJAK-BIJAK BELAKA!

Waa~ Cabaran apakah ni?! Apakah yang perlu aku lakukan?

Ya Allah Permudahkanlah Segala Urusan Dunia & Akhirat ku...

oleh: sepohonkayu


Read more...

Cinta Allah Adalah Cinta Yang Kekal Abadi



Sesuatu yang nak dikongsi kali ini diciplak bulat-bulat dari blog Adik Husna (Permata Hati)... Tergerak hati nak buat post tazkirah adik kecil yang berjiwa daei (pendakwah). Sangat menarik. Teruskan usaha ya!

TAZKIRAH HUSNA:

Assalamualaikum semua!


Tazkirah Husna pada hari ini berkenaan dengan... Sayang Allah.


Cinta pada bunga, bunga akan layu. Cinta kepada manusia, manusia akan mati. Cinta pada rumah, rumah akan runtuh. Tetapi...Cinta Allah adalah cinta yang kekal abadi.


Kita mestilah sayang Allah swt kerana Allah swt bagi kita makan, bagi kita minum. Haa~ Kita kenalah bersyukur apa yang kita ada!


Ummi Ayah marah bukan sebab benci, sebab Ummi Ayah sayang kita! Ummi Ayah tak nak kita buat lagi!


Itu sahaja tazkirah kita pada hari ini. =D

"Terima Kasih Tuhan"





Read more...

RAIHAN: SENYUM



Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman

Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati

Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah

Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah

Seni lagu: Farihin Abdul Fattah
Senikata: Zarie & Che Amran



Read more...

IMAN ASAS KEHIDUPAN: HIDUP PERLU DITERUSKAN


Termenung

Kelihatan Muslim sedang termenung. Fikiran menerawang entah ke mana. Sahutan ku tak dijawab. Hmm, kenapa lah ek?

Aku banyak masalah la… masalah keluarga, masalah belajar, masalah kewangan dan banyak lagi…

Aku tengok kau asyik mengeluh je...

Nak buat macam mana, aku memnag suka mengeluh apabila ada masalah.

******

Setuju!

Muslim, macam mana nak bincang ek? Ok, macam ni la. Apa yang diperlukan untuk sesebuah bangunan?

Asas binaan yang kukuh.

Betul, asas yang kukuh adalah penting untuk menjamin keselamatan pada masa akan datang. Apabila ribut taufan datang, bangunan tersebut akan tetap kukuh berdiri.

Betul tak?

Betul! Respons Muslim.

Jaga lah Hati

Setiap hari-hari kita sebenarnya adalah proses pembinaan iman. Iman adalah yakin 100% pada Tuhan kita. Baik-buruk, masalah-penyelesaian masalah, manfaat-mudhorat semuanya datang dari Allah. Kita perlu terima itu.

Hmm… Muslim mula memasang telinga, (dengar dengan teliti).

Setiap apa yang kita fikirkan, perkataan yang kita lafazkan, perbuatan yang kita lakukan setiap hari memberi kesan kepada hati kita. Dan hasilnya, hati akan memberi kesan kepada kehidupan kita di dunia dan di akhirat. Oleh itu, jika kita asyik mengeluh dan meyalahkan takdir, maka kita sebenarnya telah salah. Berusahalah untuk mencapai sesuatu, Allah tidak lihat apa yang kita ada tetapi Allah lihat apa usaha kita. Sebabnya apa yang kita ada semuanya adalah kurniaan-Nya.

menarik nafas~ (berkobar-kobar ingin menyampaikan sesuatu)

Setiap langkah yang kita pilih seharusnya berbekalkan kefahaman (bahawasanya semuanya dengan taufik dan hidayah Allah) dan tawakkal kepada Allah (semuanya ada hikmah). Oleh itu, jika setiap tindakan kita disemai dengan keluhan, tidak bersemangat, tiada sangka baik dengan Allah, maka natijahnya akan memberi kesan kepada kehidupan kita pada masa akan datang. Hati (iman/ asas) yang disemai tidak mampu untuk menghadapi cabaran pada masa-masa akan datang.

(kesusahan adalah cabaran)

Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan… Janganlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan… -Imam Asy-Syafie-

Hmm, apa pandangan kau?

Hmm, ok. Mulai hari ini walau apa pun yang datang aku akan bersangka baik dengan Allah dan bersemangat walaupun ia pahit atau sukar macam mana pun. Terima kasih ya!

Pilihan Hidup

Apakah pilihan jalan hidupmu setiap hari?



oleh: sepohonkayu


Read more...

Aeman: Selamat Tinggal Ibuku~



Sewaktu Azan Mendayu-Dayu

Ibuku Pergi Meninggalkanku

Perginya Takkan Kembali Lagi

Kerna Takdir Telah Menentukan

***

Doa Restu Ku utuskan Untukmu Ibu

Semoga Diri Ibu Bahgia

Di Akhirat Yang Kekal Abadi

***

Ibuku Kau Pemupuk Kasih Sayang

Kerna Kaulah Ibu Yang Tercinta

Baktimu Padaku Tidak Terkira

Hanya Tuhan Dapat Membalasnya

***

Ibuku Walau Kau Pergi Dulu

Namun Kutetap Mengingatimu

Kasihku Padamu Seperti Dulu

Selamat Tinggal Ibuku




Read more...

MENASIHATI RAKAN ANDA DI FACEBOOK?


Gunakan Peluang Ini Sebaiknya...

(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya dan supaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
[Ibrahim: 52]


Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk. [An-Nahl: 125]


AKU SAYANG KAMU TAPI…

Adakalanya sesuatu yang perit terpaksa diluahkan. “Aku sayang kamu”, satu ungkapan seorang Islam yang bersaudara terhadap saudaranya, “Aku tidak mahu kamu tersalah arah”, begitulah ungkapan yang lebih berharga daripada seorang Islam yang dikatakan bersaudara. “Aku tidak benci kamu, Aku hanya benci apa yang kamu lakukan, (sekali lagi) Aku sayang kamu”, sebetulnya tiada perasaan mementingkan diri sendiri jika hanya kita sahaja terlepas dari kesalahan tetapi biarkan orang lain dalam kejahilan. “Mungkin kamu tidak tahu, oleh itu, aku berusaha untuk memberi tahu yang mencetuskan mampu, tetapi, hidayah di ‘tangan’ Allah”, bersangka baiklah, mungkin tidak seperti yang kita bayangkan, berusahalah sehingga kamu berasa usaha yang kamu lakukan itu hanya dengan taufiq dan hidayah Allah.


JIKA ANDA INGIN BERUBAH

Hidup perlu diteruskan! Jangan hanya berkata “Cukuplah”, tetapi berkatalah, “Berusahalah, bersangka baik dengan Allah”…

(sambil menggenggam tangan kanan, diri berkobar-kobar penuh keazaman!)


PELUANG BERJUANG DI FACEBOOK INI

Bagaimanakah anda menasihati rakan anda di FB?

oleh: sepohonkayu




Read more...

ADAKAH KITA SETABAHNYA?

Hanya Doa Ku Panjatkan...


Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat

[Arra’d: 22]


DUGAAN DATANG

Hiruk pikuk! (link)

Kelihatan seorang anak dari serpihan dindingan bangunan sedang menggali runtuhan bangunan yang menyembah bumi.

Mencari ibunya~

Walaupun linangan air mata berhamburan, namun anak ini yakin bahawa Allah masih sayang mereka dengan dugaan ini. Sedikitpun tiada kecederaan teruk yang dialami anak ini, ilham dari Allah untuk menerpa ke bawah meja (agak kukuh) menyelamatkan diri dari hujan syiling bangunan.

Setibanya di khemah sementara, masih setia disamping ibunya yang masih koma. Kedengaran azan mendayu-dayu dari ‘musolla’ di hujung itu. Tanpa teragak-agak anak kecil ini pergi menyaluti anggota wuduknya dengan mutlak air paip. Solat di sisi ibunya...

Menadah tangan selepas fardhu disempurnakan (antara mustajab/ makbul doa) didoakan keselamatan ibunya.

Dalam hati anak kecil ini berkata; Ayah telah pergi, syahid di jalan Allah. Ibu menanggung dugaan yang besar. Semoga ibu selamat.

DOA DIPANJATKAN

Hari demi hari anak ini berdoa untuk ibunya. Selamat ibu di dunia dan akhirat.

ANAK ITU...

Begitu besar dugaan anak ini. Sedikit pun tiada menyalahkan takdir… Merasa diri sebagai hamba… Mencari ketenangan dalam kehambaan… Masih mensyukuri kurniaan yang diberi-Nya. Masih solat walau keadaan hiruk pikuk (erti syukur)… Tidak lupa walau dalam keadaan sukar…

KITA?

Adakah kita setabahnya?

Tepuk dada tanya iman...



oleh: sepohonkayu


Read more...

SEPUTAR KISAH GURU DAN AKU

PENGORBANAN UNTUK MEMBELA

Apabila terpaksa naik kapal terbang tiket sehala pergi ke sabah dalam kesusahan menuju ke pedalaman sabah. Kemudian, naik boat menyusuri sungai di Sabah. Setelah berhempas pulas merentas desa di kaki Gunung Kinabalu.

Lautan api sanggup ku renangi… Inikan pula gunung-ganang yang menjadi saksi kesusahan perjalanan jauh ini… Huu~ (mengeluh ke?)

Ketika aku rasa jauhnya perjalanan, sempat pula berkenalan dengan Orang Utan. Tidak lupa juga berkesempatan memetik Bunga Reflesia dan periuk kera. Waa~ Bestnya!

Aku terpaksa guna bahasa isyarat sebab tak pandai loghat sabah, bah! Oh~

Pengalaman di sakat Orang Utan dan di sumpit oleh Tok Batin usahkan cerita.

Tika seorang lelaki berbaju kemeja berseluar slack bertungkus lumus membawa beg yang sarat berisi buku-buku.

Semuanya disebabkan mengenangkan nasib anak-anak bangsa yang terceruk di pedalaman Sabah, tiada pembelaan!

Walaupun aku mengerti erti perit jerihnya dalam mendidik anak bangsa disebabkan prasarana yang kurang. Namun, nasib anak ini perlu dibela!

Gunung-ganang sanggup ku daki!

Berjalan 10 batu ke medan perguruan. Menjadi pendidik yang mendidik.

Sambil mengeluarkan bungkusan plastik berisi kasut hitam bertali, hanya berkaki ayam apabila berkelana ke sekolah. Apabila sampai sahaja, tubuh kurus ini memaksa diri untuk melebarkan bibir (sampai ke telinga gitu…).

Senyum manis~

Susah payah? Jangan dipamerkan, nasihat seorang ayah yang juga seorang guru.
Semuanya kerana anak bangsa. Nasib mereka perlu dibela!

~~~

Niat di hati, bagaimana anak didikku terselamat dari azab neraka Allah subhanahu wata’ala.
Bagaimana mereka ini dapat terima dan amal Islam? Dah solat subuh kah mereka? Oh~ Soalan pertama yang aku akan tanya tatkala membuka mulut memulakan bicara.

Mari mengajar!

Alif Si Cikgu Math

Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam (mengikut keadaan trafik, tak lah sesusah seperti kisah guru di atas) menaiki motorsikal. Kami bertiga ke SMKA Maahad Al-Abbasiah, Sungkai untuk Program Jejak Gemilang SAR 09 anjuran Biro Akademik & Kerjaya Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 08/09, UPSI.


Kali pertama.

Rasa berdebar apabila mahu berhadapan dengan pelajar-pelajar di sana. Tetapi semua itu hilang apabila melihat kesungguhan adik-adik yang dahagakan ilmu. Walaupun aku pelajar kimia (dan diminta untuk mengajar subjek sains), hari itu aku ajar matematik sahaja (walaupun tak berapa nak expert!), hanya membantu dua lagi rakan seperjuangan ku (Alif dan Zul).
Kenangan Di SMKA Maahad Al-Abbasiah, Sungkai

Aku mampu mengajar matematik tingkatan lima!

Berkat usaha gigih Puan Norita (guru matematik aku masa sekolah menengah dulu) yang memberi semangat kepada kami untuk menjawab soalan matematik sehingga setengah jengkal tebalnya fail bank soalan dijawab kami.

~

Abang, jawapan ini betul tak?

Ya, Ikhwan dah siap soalan tu?

Dia menangguk tapi ingin kepastian jalan kerja pemfaktoran ini betul atau salah.

Kalau kamu nak tahu jawapan yang betu, kamu mesti lah kembangkan jawapan kamu ni. Sama tak?

Terkial-kial~

Oh! Sama-sama. Jadi inilah jawapannya! Kegembiraan terpancar diraut wajahnya.

~

Abang. Soalan ni macam mana pulak?

(Sambil melangkah dengan gaya seorang pendidik, cewah!)

Oh~ Soalan ni senang je… (alamak, aku lupa lah jalan kerja penyelesaian ini, hati ini berbisik).

Erm, cuba kamu faktorkan bahagian bawahnya dahulu. Nanti abang periksa jalan kira kamu ni.
Sambil meninggalkan Hafifi dengan pemfaktoran dibahagian bawah pekali. Aku rujuk semula skema jawapan dari rakanku Zul.

Rakanku, Alif dan Zul

Datang kembali dengan penoh yakin!

Hah, dah dapat jawapannya? Hafifi mula menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
Cuba kamu buat macam ni… Bla bla bla~ Sambil menyuruh Hafifi mencubanya sendiri soalan tersebut. Aku hanya memberi arahan.

Menjadi kebiasaan aku untuk menyuruh pelajarku sendiri mencubanya berbanding aku menunjukkan jalannya~

~

Amin pula kebingungan dengan soalan mudah. Hah! Kenapa lah dia ni lambat sangat, fikir aku.
Kebiasaanya aku akan menunjukkan jalan kira bagi pelajar-pelajar yang lambat macam si Amin ni.
Respons pertama aku. “Senang jer soalan ni..” Ujar aku.

Pelajar-pelajar yang menggerumuni aku tergelak. Haish! Tak faham aku. Hanya sekadar memecahkan kekagetan~

Dalam masa kurang seminit soalan tadi ditunjukkan jalan kira. Mana taknya, terpaksa tunjukkan skil-skil yang ada untuk menyatakan bahawasanya matematik ni mudah sahaja. Mereka kagum dan yakin matematik ni mudah sahaja...

“Apa yang penting, kemahuan kita untuk menyelesaikan sesuatu masalah matematik itu” aku menambah.

Cuba Amin pula buat soalan ini…

Bagus! Ada perkembangan dalam cara menjawab Amin yang sebelum ini agak kurang yakin untuk menyelesaikan sesuatu soalan ditambah pula pemadam getah yang sentiasa di tangan. Hendak sahaja dipadamnya jawapan yang dia baru tulis disebabkan gertakan aku dengan kata

“Betul ker?”

Ikhwan, Hafifi, Amin... Err... Nak kene ingat nama diorang ni!

Sedikit perkongsian.

Terima kasih kepada rakan blogger Suara Hati yang sudi berkongsi input berguna kepada kita berkenaan gaya seorang Guru Cemerlang dalam program Bengkel Praktikum anjuran Pelajar Kuliah Kaedah Berangka Kumpulan B. Seribu penghargaan kepada anda! (link)

GURU YANG MEMUKUL PELAJAR DAN BAPA YANG MEMUKUL ANAK

Pendidik yang mendidik.

Kata orang alim, anak-anak perlu dirotani seperti mana kebun perlu diairi.
Ada juga hadith yang menyatakan Allah merahmati rumah yang mengantung tali cambuk atau rotan demi mengajar anak menjadi manusia. Teringat kata-kata seorang ustadz, “Apabila anak masih kecil, maka bermain lah dengannya. Apabila dah besar, didik lah dia dengan disiplin (kalau perlu pukul, pukul lah). Dan apabila dan besar, jadikan anak-anak kita kawan…”.

IKTIQAF DI MASJID

Masjid Jamek Sri Petaling

10 malam terakhir memburu Al-Qadr. (23 Ramadhan~)

Guruh lain macam (sabung menyabung), Syamsul kejut aku pagi itu. Dibuai mimpi indah tatkala beriktiqaf di Masjid Jamek Sri Petaling.

Nama di sebut dalam tahajjud, doa supaya diberi dan dikekalkan dalam hidayah-Nya.
Tidak lupa juga Isteri solehah yang taat suami yang menghayati dan mengutamakan agama (entri lepas). Hehe~

Keesokkannya, Adik Ain (SMK Kompleks KLIA) beritahu, “Oh... Sama-sama… memang hujan lebat pagi tu… Lepas subuh baru hujan berhenti… Matahari, jam 9 nampak putih jer…”

Apakah yang sedang berlaku?

~

Antara slot yang menyayat hati.

Entah lah. Kenapa aku rasa sebak di dada?

Tatkala beliau (penceramah) menyatakan Pengorbanan Khadijah…

Berhenti seketika~

Manangis…

Apabila beliau menyebut Siti Khadijah radiaAllah hu‘anha. Semua audien mencebik bibir menahan sebak di dada.

Bergenang air mata.

Apabila ditanya oleh kekasih Allah. Bagaimana keadaan mu wahai isteri ku?

Maka dijawabnya, jika aku mati, ambil lah tulang-temulang ku dijadikan jambatan untuk pejuang-pejuang Islam merentasi sungai pergi berdakwah.

Berlapar untuk agama.

Tabahnya... Seorang hartawan lagi dermawan pada awal penghidupannya… Tetapi pada akhirnya dia meninggalkan dunia ini hanya dengan sehelai sepinggang, badan rata separas bumi… Bersusah untuk agama…

Begitu besarnya pengorbanannya terhadap agama kita~

BERAYA DI KAMPUNG

Ramadhan ini.

Adakah peningkatan dalam amal aku di sepanjang Ramadhan ini? Bak kata seorang rakan blogger (MujahidahPuteri) “Ramadhan yang sama, natijah yang berbeza”.

Di Pagi Raya~

Suasana Hari Raya Di Kampungku

Setiap kali raya, aku tidak berapa suka lah. Kerana setiap kali selepas solat sunat Aidil Fitri…

Mesti badan aku berasa letih, mual, nak muntah, senak perut.

Argh!! Kenyang!

Mana tak nya, dari lorong ke lorong, dari rumah ke rumah, dari pintu ke pintu… Pergi ziarah rumah orang, bersilaturrahimi, marhaban dan makan!

Ketupat, lemang, kuih-muih, rendang, mee rebus, laksa, ayam masak merah, daging kurma, nasi lemak, sate kuah kacang…

Semua aku bantai. Oh~

Ampun~

Nikmat mana yang aku telah dustakan…?

~

Tapi yang bestnya, kami akan berkumpul sekeluarga bersalaman mohon kemaafan atas segala yang berlaku (walaupun tuntutan bermaafan adalah setiap hari!)…

Sob-sob (sambil mengesat air mata…), terharunya… bila lah kami akan berkumpul lagi?

Mudah-mudahan kami dapat berjumpa di akhirat kelak dengan keadaan yang baik dan diredhai-Nya (Doaku~)

MAAFKAN AKU

Hari baik bulan baik.

Maafkan lah aku~

Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Allah suka kepada mereka yang memaafkan.
Mohon atas segalanya kekilafan yang berlaku…
Maka sekali lagi… Wahai kawan kawan!

Maafkan lah aku~

Selamat hari Raya.

Ingat!! Malam raya adalah Malam Kemenangan! Teruskan solat sunnat dan tahajjid macam biasa! (Nota nasihat untuk ku~)

NOTA TAMBAHAN

Allah sangat suka kepada mana-mana hamba-Nya yang bersifat merendah diri…

Jika kamu (aku!) berkeras jugak nak cakap saya lebih baik dari si fulan- si fulan. Itu adalah larangan agama, jika nak cakap juga?

Boleh!

Cakaplah saya lebih baik dari saya yang semalam! Oh~

Mampukah aku?

oleh: sepohonkayu



Read more...

AKU DAN KURSUS PRA PERKAHWINAN

Tahniah! Anda Layak Untuk Ke Peringkat Seterusnya


BELUM MEMPUNYAI CALON ISTERI LAGI

Maaf saudari, saya datang ke kursus ni dengan tiada calon isteri lagi la. Awak dah berpunya? Kalau belum, sudikah awak sehidup semati dengan saya?

Saya rancang nak ‘mendirikan masjid’ awal tahun 2012.

Sudikah anda menerima lamaran saya?

Maaf saudara, saya sudah berpunya. Sila cari yang lain. Wanita berjilbab itu pun berlalu pergi.

Suara Hati ini berkata, “Tak apa cuba lagi, ada ramai lagi”. sambil menggenggam tangan, bersemangat!

Apabila datang kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akannya, jika kamu tidak melakukannya nescaya akn berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar. [At-Tirmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim]



AKU KE KURSUS PRA PERKAHWINAN

Huh, selama 2 hari aku dan peserta-peseta lain berkursus di Dewan Kuliah J, UPSI. Pada awalnya aku datang dengan persepsi negatif, bahawa:

Mesti bosan.

Tak da apa lah dengan kursus ni. Hanya menyusahkan bakal pengantin untuk mendirikan rumah tangga sahaja.

Tak ada mood.

Dan sebagainya…

Tetapi perkara itu berubah! Aku dapati kursus itu banyak manafaatnya. Dan kalau boleh nak diwajibkan terus. Mana taknya, banyak perkara yang aku dapat dalam kursus itu.

Terkilan.

Oh~ kecewanya sebab hanya salah satu daripada 60 soalan. Soalan ke-52 tu memang tak diterangkan langsung dalam program tu. Berkenaan kahwin lari ni. Selepas tu keliru pulak dengan pasangan yang kahwin di luar negara, berapa bulan dari tempoh pasangan ini kembali ke Malaysia dan dalam tempoh itu mesti mendaftarkan perkahwinan mereka?

Ada sesiapa tahu tak?


KONFLIK SELEPAS BERUMAH TANGGA

“Ya Allah, kenapa lah isteri aku tak iron baju ni?, rengus si suami.
Geram melihat bajunya yang berkedut-kedut tidak bergosok.

Bengang- Bak kata Akim

Si isteri pula masih di katil, nyenyak tidur.

Setiap pagi kerja si isteri lah yang menggosok baju si suami. Tetapi pagi itu, tidak!

Haishh, geramnya aku. Kau tak faham-faham ke? Aku ceraikan engkau talak satu! sumpah si suami.

Bergegar arasy Allah Subhanahu wa Ta’aala!


SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT

Ayahku = Kawanku

Sebelum ini aku ingat semua perkara akan dapat diselesaikan hanya dengan berdiam diri. Aku dan ayah aku, apabila tak setuju, aku akan mengambil langkah untuk mendiamkan diri. Walaupun begitu aku akan terus berbincang selepas itu. Dan perbincangan itu akan berakhir dengan berbaik semula. Kami jadi kawan semula. Oh~

Kebanyakan penceramah akan mencadangkan supaya apabila masalah timbul, maka bergaduh lah. Jangan ditahan-tahan, bahaya!

Jika kita tahan, maka kita tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Jika suami isteri bergaduh, maka mereka akan dapat ‘menghidu’ konflik rumah tangga sedang berlaku. Oleh itu, perbincangan perlu dilaksanakan bagi mencapai kesefahaman.

Jangan jadi seperti suami dalam kisah di atas, tidak semena-mena dicerainya si isteri. Bagaimana jika pada hari itu, si isteri tidak larat untuk bangun menyediakan kelengkapan suami ke tempat kerja disebabkan dia demam? Huh, satu lafaz talak yang sia-sia kan?

Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Pergaduhan suami isteri akan mematangkan rumah tangganya. Ujar Ustadz Zakariah semasa mengendalikan slot Pengurusan Konflik Rumah Tangga.


PERBINCANGAN YANG MEMBAWA KESEFAHAMAN

Kalau ditanya aku. Aku akan tetap diamkan diri dan cuba untuk meneliti ayat yang digunakan oleh isteri aku untuk meneliti keseriusan masalah yang dihadapi. Oh, kira jadi pendengar yang setia lah ni. Mungkin Si Dia nak melepaskan geramnya. Oleh itu, aku sebagai suami bersedia untuk menerima segala apa leteranmu. Haha~ Susah juga nak buat macam ni.

Setelah keadaan kembali tenang. Maka aku akan datang untuk berbincang kepada isteri tercinta. Cewah!

Teringat aku, Nabi adalah orang yang paling banyak bermesyuarat (berbincang) dengan isterinya. Sehingga nak masukkan benang ke jarum pun Baginda bermesyuarat.
Dengan penoh hormat dan kasih sayang maka perbincangan akan dilaksanakan.
Fuh! Bahagianya hidup.

Maka, melalui perberbincangan yang baik, kesefahaman akan tercapai. Barulah hubungan kekeluargaan kita menjadi matang.

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Ar-Rum: 21]


Sesungguhnya lelaki mukmin yang sempurna imannya ialah mereka yang baik tingkahlakunya dan lemah-lembut terhadap isteri dan anak-anaknya. [Al-Hadith]


SIAPA PILIHAN DIHATIMU?

Kawan-kawan menjadi pelik melihat aku masih single. Walaupun ada yang berkiriman salam kepada aku, aku buat dek je…

I’m not ready to couple yet.

Arghh!! Maka aku akan jawab, nanti lah belum lagi, tak mau la nak terjebak lagi… niat di hati memang ada… Bla bla bla~

Nak berdating-dating ni… dosa tau. Sekarang ni terpaksa berpuasa. Heee~

Aku bersedia.

Aku akan bercouple selepas nikah. Bercinta dengan isteri aku la.. Alahai tak faham-faham ke? Aku setia pada yang satu… Oh~ Beruntungnya Si Dia…

Tidakkah pelik jika ada pasangan hangat bercinta tetapi tidak terfikir untuk bersama selama-lamanya? Bak kata AbuSaif ‘Bercinta sampai ke syurga’.


Pilihan aku?

Menurut ustadz Mohd Khir semasa aku menjalani 2 hari kursus perkahwinan, beliau menyatakan calon-calon isteri yang baik:

  • Menghayati agama dan mengutamakannya
  • Keturunan yang baik
  • Rupa paras yang cantik
  • Berharta

Seperti dalam hadith Nabi ni:

Dikahwini akan perempuan itu kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari kalangan mereka yang beragama, nescaya akan selamat. [Muttafaqun ‘Alaih]

ataupun

Sebaik-baik perempuan/ isteri ialah apabila engkau menatap kepadanya menggembirakan hati engkau, dan apabila engkau menyuruh dia mengikut perintah engkau, apabila engkau bersumpah atasnya, dia berbuat baik terhadap engkau, dan bila engkau tiada di rumah, dia menjaga dirinya dan harta engkau. [Riwayat At-Tirmizi]

Ya Allah:

Berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa. [Al-Furqan: 74]


Bila lagi?

Tunggulah aku lamar Si Dia penghujung tahun hadapan~

Tiba-tiba Nani Nini (FB) pun mengusik, "Ish..lewat sangat tu!! Sat g orang lain ambil? Heee”.

Maka dengan slumber akan ku jawab,

“Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Jika sudah jodoh, tidak akan ke mana…”
Hoh! Begitu optimis.

Biasalah, kan jodoh pertemuan di ‘tangan’ Tuhan…

Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan…

Buat Si Dia terima lah…

In-Team: Kasih Kekasih



TAHAP WAJIB KAHWIN

Keadaan menjadi gamat dan didapati semua penumpang Bas Pekerja itu berada dalam keadaan risau dan bimbang. Aminah salah seorang tebusan kes rompakan bersenjata yang melibatkan enam orang lelaki lengkap bersenjata. Mereka memaksa tebusan untuk mengeluarkan kesemua wang ringgit dan barang kemas serta barang berharga termasuk talifon bimbit masing-masing.

Bengang- Sekali lagi Akim

Ini tidak cukup, keluarkan semuanya!! Pekik ketua perompak itu disamping mengacukan senjata M-16 entah dari mana diseludupnya.
Semua pekerja kilang yang terdiri daripada wanita terkejut dalam ketakutan terhadap gertakan itu.

Hah!! Sebagai tambahan kamu semua, err… tak termasuk pemandu bas, akan dirogol!
Tidaaaak!! Kesemua tebusan menjerit ketakutan.

Aminah adalah seorang wanita dara yang coba memberanikan diri untuk bangun dan melawan.

Hey perompak!! Kamu tak boleh rogol kami semua. Tak kan kamu nak rogol kami semua termasuk Mak Cik kat belakang tu? Berdiri Aminah menegakkan hujahnya, mudah-mudahan tidak dirogolnya.

Tiba-tiba Mak Cik yang disebutkan tadi telah bangun membantah juga.
Hey anak muda!! Sambil menunding jari ke arah Aminah. Kamu tak dengar ke? Perompak ni kata semua!!!

Bingung.

Kesemua tebusan tercengang dan berpandangan antara satu sama lain.

~~~

Hairan dan keliru.

Oh~ Rupa-rupanya, Mak Cik tadi belum bernikah lagi… Hehehe~


Terimalah Aku Seadanya...


oleh: sepohonkayu




Read more...

  © Free Blogger Templates Columnus by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP